Sunday, July 19, 2020

Tempahan Julai & Ogos 2020

Assalamualaikum

Azira Homestay masih beroperasi seperti biasa.

Untuk tempahan bulan Julai dan Ogos setakat ni adalah pada tarikh berikut:

Hs Azira 30/7/2020 - 31/7/2020

Hs Ikram 30/7/2020 - 1/8/2020

Hs Azira 3/8/2020 - 24/8/2020


Sekiranya ada pertanyaan mengenai kekosongan dan berminat untuk tempahan boleh hubungi no berikut


Sunday, December 2, 2018

Booking Azira Homestay

Azira Homestay masih available sepanjang cuti sekolah Disember ini

Sekiranya berminat untuk tempahan boleh whatsapp di 016 358 9018 atau boleh terus klik tempahan di bawah :

Tempahan Azira Homestay Disember 2018

Tuesday, March 20, 2018

Paka Azira Homestay Berpindah Tempat Baru

Assalamualaikum.

Selamat datang kepada semua pengunjung Azira Homestay. Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menginap di sini.

Untuk pengetahuan semua, Azira Homestay telah berpindah ke alamat berikut:

368-A Jln Murai
Kg Cacar 
23100 Paka, Dungun
Terengganu.




Harga penginapan untuk 1 malam adalah RM200 



Lengkap dengan kemudahan memasak, mesin basuh, ampaian dll.

Untuk tempahan boleh hubungi / whatsapp ke no berikut:


016 358 9018 / 018 986 2623

Friday, June 12, 2015

Kedai Makan di Sekitar Paka

Sekiranya anda berkunjung ke Paka,Terengganu,terdapat banyak kedai makan atau restoren yang boleh anda kunjungi.

1 ) Warung Selera Benteng Kg. Nyiur- Sup Belut


warung-selera-benteng-1



Warung Selera Benteng juga dikenali orang tempatan sebagai 'Kedai Makan Pok Aziz'. Sesuai namanya, restoran ini terletak di kawasan yang dipanggil 'benteng' di tebing sungai Paka di Kampung Nyiur (tepatnya dipanggil Seberang Alor) kira-kira 7km perjalanan dari Paka ke Dungun.

Selain pelanggan orang tempatan, restoran ini juga mendapat kunjungan ramai daripada staf-staf syarikat minyak di Kerteh. Lokasinya menenangkan jiwa kerana di tepi sungai. 

Menu istimewa di Warung Selera Benteng, Paka ialah seperti pari bakar, talapia, patin, siakap dan lain-lain yang boleh diorder dalam pelbagai menu masakan Thai. Selain itu nasi ayam dan paling special ialah sup belut. Pok Aziz juga menerima tempahan ikan bakar untuk majlis-majlis.


2) Warong Pok Napiah

Nasi-Lemak-Solah-Warung-Pok-Napiah

Warung Pok Napiah adalah warung kecil terletak di sebelah Pusat Kesihatan Besar Paka. Warung ini telah wujud di sini sejak puluhan tahun yang lalu, tetapi akibat pembangunan yang pesat warung ini kini cuma berada di bawah kanopi.

Apa yang istimewa warung ni? Tentulah makanannya iaitu 'nasi lemak Solah'. Nasi lemak ni selalunya belum jam 10 pagi dah habis. Pelanggannya pula ialah penduduk sekitar, kakitangan pusat kesihatan hinggalah kepada para profesional seperti peguam, guru, kontraktor serta peminat 'dam aji'.

Jangan lupa cuba makan nasi lemak ikan jika singgah ke sini ya


3) Pok Mat KT Restoran


Pok Mat KT Restoran terletak di Jalan Besar Paka. Pemiliknya En. Ahmad dan Pn. Norhayati adalah bekas pengusaha kantin tersohor di Paka dan Dungun. Ini memandangkan banyak jabatan kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorangan memberi kepercayaan kepada beliau menyediakan makanan katering untuk pelbagai majlis di sekitar Dungun dan Paka, walaupun untuk ribuan tetamu.

4) Restoren Nasi Kukus Ayam Paka



Nasi kukus Paka menjadi pilihan ramai pengunjung yang ingin nikmati hidangan nasi panas-panas dengan ayam goreng. Terletak di medan niaga pusat Paka dan di buka 24jam.

5) Warung Jambu Golok Corner

Warung-Jambu-Golok-Corner

Warung Jambu Golok Corner, Paka mungkin tidak asing di kalangan penduduk tempatan mahu pun pekerja sektor petroleum di sini. Kedai ini menyediakan berbagai juadah makanan pagi dan tengahari daripada kuih-muih hinggalah ke lauk-pauk. Tarikan utama Warung Jambu Golok Corner ni ialah nasi sup kambing dan nasi kari kambing. Harganya berpatutan, cumaRM8.00 satu hidangan.




Saturday, June 6, 2015

Highway Pantai Timur

Sekiranya anda menggunakan laluan lebuh raya Pantai Timur LPT,boleh exit di Kerteh jika perjalanan daripada KL.

Sekiranya anda daripada Kuala Terengganu/Dungun boleh exit di Persimpangan Paka




Jarak dari simpang keluar highway (exit) Paka ke Azira Homestay lebih kurang 10KM sahaja.


Thursday, June 4, 2015

Pantai Paka

Pantai Paka juga tidak kurang hebatnya seperti pantai-pantai lain di Terengganu.
Anda boleh mandi-manda,makan keropok atau sotong celup tepung,ikan goreng tepung di sini.
Angin yang sepoi-sepoi bahasa sangat sesuai untuk istirehat dan juga berkelah seisi keluarga..










Jangan lupa untuk singgah ke sini sekiranya anda berada di Paka:-)